Tuesday, March 12, 2013

Satu kesukaran....

Hadis Jubair bin Mut'im r.a berkata: 
Nabi s.a.w bersabda: 


"Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan (Silaturahim)..." (Sahih Al-Bukhari dan Muslim)

Ya Allah...


Dalam kita mencari redhaNya, kita sering terlupa dengan mereka-mereka yang kita pinggirkan, lebih-lebih lagi kerana :


1) Kebodohan.

    - Apabila kita tidak berfikir panjang akan kesan daripada tindakan yang kita lakukan.

2) Ketamakan.

    - Kita cuba meraih kuasa... lebih daripada apa yang kita sudah ada. Kita lupa bersyukur, maka kita pinggirkan orang yang pernah hadir dalam hidup kita.

3) Ego.

    - Ego yang menebal, dengan bisikan Iblis untuk memutuskan silaturrahim, kita tergamak untuk melakukan sesuatu itu, seolah-olah tiada yang lebih utama daripada usrah dan ukhwah.

4) Cinta.

    - Bila kita ketemu cinta insani, kita sanggup membuang mereka di sisi kita. Mungkin sebab pasangan kita tu tak suka @ tak mau kita meneruskan hubungan dengan saudara kita, maka kita putuskan. Na'uzubillah!

5) Kepentingan peribadi.

    - Ini juga kerap kita lakukan. Kita memutuskan silaturrahim kerana kepentingan peribadi...

Apakah cukup dengan segala amalan dan sekadar menjaga hubungan dengan Allah SWT saja kita dijamin masuk Syurga?

Bagaimana dengan Hablurminannas?



Hari ini aku whatsapp dia.

Niat aku cuma satu, mahu memperbetulkan apa yang terkusut.
Menyambungkan apa yang terputus.
Semoga Allah mempermudahkan perjalananku.
Semoga ianya mendapat berkat dan syafaat Allah SWT.
Dia dah read. Tapi dia tak balas.

Hasbunallahu Wani'mal Wakiil.


Semoga dia mengampunkan aku.

No comments:

Post a Comment