Saturday, March 16, 2013

Silaturrahim Amat Penting....

 عَنْ جُبَيْر بْن مَطْعَم رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: لاَ يَدْخُلُ اَلْجَنَّةَ قَاطِهٌ (رواه البخارى ومسلم)


(Terjemahan) Daripada Jubair Bin Math 'am R.A beliau mendengar Rasulullah (Sallallahu 'Alaihi Wasalam) bersabda: "Tidak masuk Syurga orang yang memutuskan (silaturrahim). (Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Orang yang memutuskan silaturrahim....

Betapa beratnya balasan bagi mereka yang memutuskan silaturrahim. Itu kata-kata Rasulullah SAW, kekasih Allah.


Berapa ramai daripada kita yang kerap memutuskan silaturrahim??

Akibat ego.

Akibat kebodohan.
Akibat kedegilan.
Akibat tidak mahu berganjak.

Walau sebesar manapun salah seseorang pada kita
, kita tidak harus bongkak, lalu memutuskan tali silaturrahim sesama kita. Bayangkan sekiranya dia salah, kita betul tapi kita putuskan silaturrahim. Dalam pada itu, kita buat sesuatu yang menyakitkan hatinya. Lalu dia meninggal... tak sempat kita nak mohon ampun dan maaf padanya. Apa kita nak jawab di akhirat kelak??

Salah dia, andai kita sudah maafkan, itu bahagian antara dia dan Allah SWT.

Bahagian kita, andai kita cuba menyambung silaturrahim dan dia yang memutuskan, setidak-tidaknya kita telah berusaha.

Itu sebabnya sebagai hambaNya yang hina, kita tak harus berlaku sombong.

Siapa kita kalau tak kerana atas ihsan Allah SWT kita berdiri?
Siapa kita kalau tak kerana atas izin Allah SWT kita bernafas tiap kali terjaga dari tidur?

Siapa kita kalau tak kerana Allah SWT memberikan kita sebuah kehidupan dan menemukan kita dengan saudara seIslam kita sekarang?

Selain itu, sabda Nabi Muhammad SAW lagi :


 عَنْ أَنَسَ رَضِى اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَهُ يَقُوْلُ: إِنَّ الصَّدَقَةَ وَصِلَةَ الرَّحِمِ يَزِيْدُ اللهُ بِهِمَا فى اْلعُمُرِ وَيَدْفَعُ بِهِمَا مَيْتَةَ السُّوْءِ وَيَدْفَعُ بِهِمَا المَكروه وَالمحذُوْرَ (رواه أبو يعلى


(Terjemahan) Daripada Anas R.A, beliau mendengar Rasulullah (Sallallahu 'Alaihi Wasalam) bersabda : "Sesungguhnya sadakah dan silaturrahim, kedua-duanya dapat menambah umur dan menghindarkan seseorang daripda maitatassuu' (yakni mati dalam keadaan mengerikan) dan menghindarkannya daripada perkara yang dibenci lagi dilarang." (Hadith Riwayat Abu Ya' Laa)

Mati dalam keadaan mengerikan???
Na'uzubillahiminzalik.... Allahuakbar!

Mahukah kita diakhirkan riwayat kita sedemikian????

Kadang-kadang pernah tak kita menghadapi kehidupan yang begitu sukar... banyak sekali dugaan kita. Duit tak cukup... sentiasa ada masalah.

Solat lima waktu cukup.
Sedekah cukup.

Ini pada kiraan kita sendirilah, yang lain terserah Allah SWT.

TETAPI

Satu kita lupa.

"SILATURRAHIM"

عَنْ أنَسَ رَضى اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ (رواه البخارى ومسلم

(Terjemahan) Daripada Anas R.A bahawa Rasulullah (Sallallahu 'Alaihi Wasalam) bersabda : "Sesiapa yang ingin agar rezekinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim"
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment